welcome


glitter-graphics.com

Wednesday 1 January 2014

~ Melangkah Lalu Menuju ~

Assalammualaikum...

Serius dah lama tak update apa-apa pun kat blog... Sekarang ni aku nak bebel untuk tatapan korang ye.. 


Firstly, sekarang ni dah pun masuk tahun 2014, Happy New Year To all my mata-mata a.k.a pembaca blog aku yang ntah apa-apa penulisan dari aku... ;)

Haish... 2013 telah pun berlalu.. Giler suka aku... Aku rasa macam lega.. Macam aku lepaskan satu beban korang tahu.. Korang pun dah tahu kan apa yang terjadi pada kehidupan cinta aku tahun lepas, so bila masuk tahun baru, aku rasa aku kat dunia yang baru.. Macam aku tidak penah tahu hal 2013.. To lah azam dan niat aku, Aku memang tidak akan pandang belakang lagi.. Buat apa nak ingat2. Buat apa lah nak di kenang-kenangkan... Ada pepatah mengatakan :

           " Jika engkau bahagia sekarang, aku pun bakal bahagia suatu hari nanti.. Jika engkau sekarang                      bergembira bergelak ketawa, aku pun bakal bergembira dan bergelak ketawa tidak terhingga "

So aku percaya itu... Kehidupan aku sebelum tutupnya tirai 2013 pun Alhamdulillah, Allah yang Maha Kuasa dah hadirkan insan-insan, acara dan perasaan yang menggembirakan hidup aku sampaikan aku terlupa yang aku penah berduka.. Dan......... Sebelum tutupnya tirai 2013...........

Aku betul-betul merasakan, Allah sentiasa disisi aku... Allah utuskan pelindunganaku dibawah RahmatNya.. Benarlah Allah tidak pernah tidur... Sentiasa menjadi pendengar setia bagi aku.... Setia bersama menyokong niat kecil hati aku.... Allah.... Allah.... Allah... :') Tapi aku manusia biasa... Tidak akan lekang berbuat dosa walau sekecil zahrah... Takut apa aku ucapkan ini menjadi perbualan tidak senang bagi pembaca.. 

Kini 2014 adalah titik permulaan untuk aku menebus kembali masa-masa yang telah aku bazirkan untuk ntah pape-pape tu, dibalas balik kepada pencipta, keluarga, sahabat dan diri sendiri... Aku percaya Allah datangkan ujian kepada hambanya berSEBAB... Sama ada sebab itu untuk kesedaran atau satu balasan.. Dan balasan itu bukan lah hukuman yang memudaratkan tapi Allah bagi kita keinsafan.. Dan ujian Allah semestinya semua kita mampu hadapi sebab Allah tidak akan bagi ujian yang diluar kemampuan hambanya.. Hanya kita Sedar atau tidak....

Cabaran 2014 bila-bila masa akan bermula dan mendatang... Aku harap dan aku doakan... Aku dan para hamba Allah di muka bumi ini bersedia untuk menghadapi semua nya.. Allah Maha Mengetahui untuk kita.. Allah Yang memberi... Semuanya Allah... Allaahu Akbar... Percayalah apa yang berlaku adalah kehendaknya.. Dan aku harap semua tidak menyalahkan DIA atas apa yang berlaku.. Celik dan rasai lah KekuasanNya, kau akan rasa 'sesuatu' yang mungkin anggapan kau itu adalah seakan magis yang berlaku dalam hidup kau.

Alhamdulillah... Kerana percayakan DIA.. Menghadap DIA, aku adalah aku yang terus tersenyum sampai hari ini... Percaya atau tidak ? Aku rasa korang tahu jawapan nya... =) 

Aku halaukan Pergilah kesedihan, pergilah Kecemburuan, Pergilah hasad dengki, Pergilah iri hati, pergilah kesombongan, pergilah.. Aku mohon ini semua dijauhkan kepada aku, keluarga, saudara, sahabat semua.. ;)

HAPPY NEW YEAR FRIENDS!!!! 

Monday 12 August 2013

~ Beraya & Bergaya ~

Assalammualaikum...

Relax- relax tau semua mesti nak tau beraya & bergaya ini apa... Hikhik.. Tadaaaaa.... Sebenarnya aku dan sanak saudara pergi beraya ke Melaka Simpan Ampat.. Rumah Pak Cik aku tue atas bukit dan ada kebun.. Lokasi pun dah tau.. Memang masin-masing dah plan nak pakai baju apa.. Sebab nya nak bergambar.. Selain makan durian n buah rambutan yang fresh.. Ini lah yang aku suka.. Suka sangat bergambar.. Posing sana - sini.. Nak jd Stweders ni diri mmg kurus bebenor x layak.. Nak jadi model, malu juga nak berposing.. Hihihi.. Jadi nye meh menjamu mata anda dengan gaya nth pape dari aku yang kaku.. Hihihi... Baju-naju yang di pakai ini semua akan dijual oleh Abg sedara aku yang akan melangsungkan perniagaan secara online.. 

Klip-Klip mata jom.. !















~ Raya Datang lagi 2013 ~

                                                               Assalammualaikum....

Apa khabar semua? Hah dah kenyang heh makan ketupat rendang lemang kuah lodeh cik kebum cik kebum... Macam mana raya? Having Fun semua? Ala mak jemah tau semua nye mesti lip lap bergaya.. Kalah Mak Jemah gitu.. Okey sebelum Mak jemah membebel panjang lebar... Mak Jemah nak susun 10 jari runcing Mak Jemah unutk memohon maaf kepada semua readers Mak Jemah andai luahan cerita Mak Jemah ni membuat anda terasa.. Mak Jemah ni ggurl.. Kekadang Emosi lebih.. kihkih... 0-0 okey...

Mak Jemah xnk lah cerita Raya Mak Jemah yang vogey-vogey ni.. Cuma Mak Jemah nak share pic je.. 

My Family...
My siblings




                                               

Wednesday 10 July 2013

~ Kebahagiaan June Part 2 ~

Assalammualaikum..

Okey harap semua dah baca Kebahagian June Part 1.. Dah baca belum ni? Hihi... Gembira x? Rasa x kegembiraan kita? eceh aku ni menggedik pulak paksa orang baca...

Seterusnya bulan Jun ni.. Ada orang janji nak bawak g berjalan dan Tunaikan ape kita nak.. HAhahaha.. Aku dengan gelak sambil tangan mengesek-gesek ala aziz satar dapat duit pun dh berlegar-legar apa aku nak ni.. Hihihihi... Actualy plan ni dah lama.. Sebelum aku putus dengan dia lagi sebab dia kata aku dah tolong dia apply kan kerja dan dia kerja dengan bestnya serta gaji yang masyuk ke poketnya... Bhahaha.. Okey aku bukan nk mengikis dengan pisau cukur.. Tapi dia yang memberi aku mengikis dengan kata je nak apa.. Anda semua diminta berfikiran positif ye start membaca ni.. kihkih...

Serba salah pun ada juga.. Aku pun blurrr je nak mintak apa.. Mana aku tau.. Dia cakap, better beli baju ke tudung ala fareeda yang botingkek-tingkek tu.. Senang nak pakai g ofis.. Okey aku ikutkan je.. Oleh kerana before ni aku ada memekak teringin nak g Hard Rock Cafe kat Melaka satrt Cafe tue dibuka.. Dia bawak aku kesana.. Hi-tea dekat sana.. Padahal dah lapo.. Melantak jugak makan sana.. hehe.. Aktiviti full dia yang plan, aku follow je.. 

Masuk HRC ni bajet macam penah pergi.. Padahal ni first time.. Tapi aku ni jenis tak malu.. Aku tanya je mana nak masuk semua sebab parking dia kat bawah.. Dengan slumber aku pun tanya makan ape best kat sini.. Aku makan burger sebab Dinie dah makan nasi goreng.. Aku kepoh lagi.. Kat HRC ni malam ada apa je.. Rupanya isnin - sabtu ada live band pada waktu malam.. Ahad je off.. Aku kepoh lagi tnye waitress tu, ambik pic x dengan Nora danish masa dia datang sini.. Katanya ambik.. Of coz! Dinie diam je sebab dia tau perangai aku mmg mcm tue.. Dah gembira sangat lah tu katanyaaaa! Harga tidak dapat dinyatakan.. Hihi.. Tapi sila bawak duit yang lebih.. ;)

live band stage
Burger yang awesome!
Hard Rock Cafe Malacca
Blurppp! kenyang bangat
Mr. HD yang pay! pay! n pay !
Yeah! muka gembira tertunai keinginan.. hihi


Lastly sampai KL.. Shoping MidValley & makan dekat MurniSS2 dengan kak aiman n abg shafiq... 

okey done shoping... ni tercampur skli barang dinie okey..

TQ akk aiman & abg shafiq bawak g makan sedap ni.. 

                             
                                       
Dah abis dah story... Jadi mana yang belum g HRC ni, g lah.. enjoy it!!
TQ membaca... 


~ Kebahagian June part 1 ~

Assalammualaikum..

Awesome sangat June 2013 kali.. Terlalu bermakna.. Sangat suka.. Kesan dia sedalam-dalam hati ini.. Hihihi
Ada dalam dua tiga perkara nak disharekan... Rasa nak bercerita ni pun sampai tertypo-typo menaip ni...

First thing adalah birthday aku jatuh nya bulan Jun.. Tarikh yang korang kena ingat 18hb tau.. Berapa? 18hb.. Okey dah besar nye bagi tahun ni.. Angka tu dah 22 tau.. Itu baru satu perkara...

Sempena bulan Jun ni.. Piala FA pun berlansung dan Johor Darul Takzim atau pun dikenali JDT telah pun berjaya melayakkan kelab mereka ke Final.. Tahniah JDT.. Dan perlawan berlansung pada 29/Jun/2013.. Oleh kerana aku peminat & penyokong mereka.. Aku dengan pikir panjang aku pun menyambut majlis kelahiran dengan sebuku kek red velvet yang dihiasi corak JDT.. Auwmmm..!! TMJ kita pun share bulan yang sama tau.. Tue excited sngt buat kek pic JDT... Pic disediakan okey.. 

yeah! im with cake of JDT
Cerita bulan Jun ni memang bersangkut paut.. Dah bercerita dua cerita.. First my birthday second Piala FA.. Dan kali ketiga ialah... 29/Jun/2013 Aku telah menyambut hari Konvokesyen ke 12 di Politeknik Merlimau Melaka selaku aku Graduan kat sana selama 3 tahun yang bertungkus lumus belajar untuk dapatkan ilmu dan Diploma.. Dan aku seorang graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik.. Okey pic disediakan juga.. meh lihat!

bersama ibu tersayang.. TQ bagi bunga... mmuaaah!

me with mr.HD... TQ juga bagi rose 12kuntum...
rakan seperjuangan

Ibu with Mr.HD n me ;)
Aku lengkap berjubah konvo
After siap dekat hotel sebelum bergerak ke Poli..
Hadiah dapat dari ibu n Mr.HD
arjuna-arjuna kelas aku
sebelum masuk dewan...
the gurls with bunga-bunga
Okey dah habis dah cerita kegembiraan aku sempena Jun ni.. I LOVE JUN SO MUCH!!! 

Eh belum abis... Seterusnya di entry Kebahagian June 2.. ;)

Sunday 16 June 2013

~ JANTAN AKU ~

Assalammualaikum..

Okey kali ni tak nak sembang lebih.. Hehe... Aku ceritakan tentang Jantan Aku... Memang bunyi tajuk agak ganas.. Mengganas, keganasan... Eh2.. aku dah melalut... Jantan aku ni baru lagi.. Tapi aku dah sayang ketat dengan dia.. Fine tak nak korang tertipu lagi.. Actually Jantan aku tue.. Haiwan peliharaan aku.. Dia seekor Rabbit.. 

Aku nyer suka rabbit ni obses sangat,.. Dulu ada pun orang bagi.. Baka kampung nye.. Tapi dah tua.. Lepas kan je wat satay... Tapi obses aku.. Aku dlu xpenah tahu jenis-jenis arnab yang ada ni.. Mahupun di dalam or luar malaysia.. Just obses ngada2 je ni suka rabbit sebab tengok pic kat google... Comel giler!

One day ni, aku tak tido malam.. Aku mentelaah google ni.. Kejap bukak blog ni.. Kejap blog tue.. okey sekarang dah tau serba sedikit.. Yang penting tahu keperluan dia.. Tup-tup member aku bf dia belikan rabbit.. okey aku menumpang kasih je... Aku de share sikit kat blog aku... Cari lah ye...

Rasa nak bela tue ada... Tapi tengok sekitar rumah lagi duduk taman.. Pikir gak.. Mana aku nak buang najis dia ni.. Belakang mmg hutan tapi kumpul je najis ni berbau jugak kan... So Dah bincang.. Dah pikir.. Deal kita g beli.. Aku mula-mula niat nak g tenangkan hati setelah kecewa bercinta.. Aku g UTHM kat bhgian kolej kediaman student.. Itu pun dari member aku yang gitau.. Okey cash! Beli.. Bawak balik... Aku beli jantan... Baru 5 bulan.. Baka Chinchilla.... Ibu nak yang x membesar.. So aku ambik lah jenis ni... 

Call me Ray... Now im 6month years old.. Dia sangat agresif.. Yang bijak sana sini.. Aku belikan carpet merah.. Aku bentangkan tu baru dia nak kelaur dari cage & pergi ke carpet lagi satu.. Dan ruang dia bermain sekitar itu sahaja.. Dia jarang keluarkan najis dia... Semua pergi dalam cage... Terkeluar pun sebiji dua biji je.. Hehehe... Tapi kesian jantan aku ni... Dia xda betina nya.. Ibu xnak banyak-banyak... Tapi nanti aku cuba bawak pergi rumah kawan aku bia dia ehem2... hehehe

Mr. Ray Yang Sangat Agresif.. Tapi Manja...

Akmak & Asri yang rajin nak main dengan diorang

Ray yang dah suka memanjangkan diri setelah penat bermain & berlari
Masa Ray sebulan dah kat rumah... Luv sangat!

Ray Jantan yang Cute....


Wednesday 5 June 2013

~ C.A.I.R ~

Assalammualaikum...

Hye semua.. Rasa memang dah lama-lama sangat tinggalkan blog ni tanpa sebarang berita.. Apatah lagi nak tinggalkan jejak.. Hehe... Ikutkan banyak haaa nak di Update kan... Tapi bz kerja je.. Tender sana sini kena isi.. Sampai lupa title-title nak share... Sabo je lah... 

C.A.I.R....
Kenapa lah dengan cair.. Ape yang cair... HAhahahaha ni yang mula rasa nak kepoh mak jemah ni... Macam ni ceritanya,... Meh2 kak piah kak peah abg mat semua... Dekat sikit membaca blog kak jemah ni.. bhahaha...

Masa aku duk bz siap2 kan tender yang nk dihantar penuh dengan kusyuk berhati-hati... Bos aku cakap nanti kita de event kat Hotel Katerina.. Aku pun macam heran lah kan... Event ape pulak ni.. Minggu Setiausaha ke.. Tapi aku ni Kerani je... Pendek kan cerita.. kak yana pun cakaplah bos dia cakap yang sabtu memang ada event.. Sponser by Bos-Bos ni lah.. Tup-Tup dapat tiket tue ada Anuar Zain & hos dia abg ketak kita Fahrin Ahmad...

Okey Actually ini program Majlis alumni TMS atau lebih dikenali Tengku Mariam School.. Bos kak yana aka En.Rashid salah seorang penyumbang bagi menyokong PIBG sekolah untuk melakukan sebarang aktiviti ataupun bagi kelengkapan sekolah.. Kalau salah informasi ni sori.. Actually dah lupa.. ~_^

Okey2 balik semula kenapa CAIR sangat tue... Apa tak nya aku excited tersangat-sangat sebab nak tengok Anuar Zain live bapak depan mata ni.. DEPAN MATA... okey... Ingat senang nak jumpa retis mahal ni.. Hhehe... Before show mula hos dia si Fahrin ahamad... Peh dengar suara dia je aku goyang-goyang kan telinga ni hah adakah real aku dengar sore dia ni.. Yelah selama ni dengar kat TV.. Okey ini x Bohonh.. Memang dia...

Masa AZ ni dah keluar nyanyi lagu... Makcik2 mak datin semua dah menjerit ni... ANUAR! ANUAR!... Aku jangan nak kata lah duduk tersimpul malu konon bajet AZ nak lamar aku.. bhaahha.. Xsegan silu aku bagun g dekat pentas.. Rakam Dia nyanyi... Peh xcaye.. xcaye depan ni AZ... Nak tau x part mana aku CAIR??? jeng.. jeng... jeng....

Time AZ nyanyi lagu Sedetik Lebih rasa nya... Aku x terlintas lansung nak berjabat tangan dengan dia.. Tapi Oficemate aku tarik tangan aku n hulur dekat dia... OMG! OMG! bhahaha.. AZ pegang tangan aku n time tue lirik "kasihku Ku amat Mencintai Kamu.. " malu2 siput aku time tue.. Lama pulak tu dia pegang.. Aku rakam time tue tapi tengok balik video macam x rakam.. Bhahahaha.. Peh aku nyer CAIR.. Macam nak terduduk rasa.. Hehe... 

Lastly dapat ambik pic dengan FA... Retis lain dapat merasa pelukan dia bagai.. Aku pun rasa tempais badan si FA ni.. Ermmmm ketap bibir yaw! bhahahaha... Aku xdpt ambik pic sebelah-sebelah coz aku nyer hp nk capture tue slow.. So aku guna je camera depan dah senang cerita.. 

Dari cerita aku ni macam aku terlalu taksub bagai.. Aku tau salam tue berdosa.. heheh Tapi benda tue sekelip mata.. Manusia kan.. Mmg de silap nyer.. yelah takut orang desas desus kecepes ke kan.. Eceh bajet tol aku ni.. Bukan Taksub tapi terlalu gembira.. Aku cuma pikir.. Bukan senang nak dapat jumpa mereka ni.. Bila ada rezeki disini aku bekerja.. Merasa lah aku... Tq to Both of BIG Bos... ;)  

Meh lah cuci mata sekejap kasi jeles.. hewhew..

abg FA!!!  

LELAKI INI... HIHIHI

Add caption

OFFICEMATE

STAFF & BOS-BOS