welcome


glitter-graphics.com

Wednesday 10 July 2013

~ Kebahagiaan June Part 2 ~

Assalammualaikum..

Okey harap semua dah baca Kebahagian June Part 1.. Dah baca belum ni? Hihi... Gembira x? Rasa x kegembiraan kita? eceh aku ni menggedik pulak paksa orang baca...

Seterusnya bulan Jun ni.. Ada orang janji nak bawak g berjalan dan Tunaikan ape kita nak.. HAhahaha.. Aku dengan gelak sambil tangan mengesek-gesek ala aziz satar dapat duit pun dh berlegar-legar apa aku nak ni.. Hihihihi... Actualy plan ni dah lama.. Sebelum aku putus dengan dia lagi sebab dia kata aku dah tolong dia apply kan kerja dan dia kerja dengan bestnya serta gaji yang masyuk ke poketnya... Bhahaha.. Okey aku bukan nk mengikis dengan pisau cukur.. Tapi dia yang memberi aku mengikis dengan kata je nak apa.. Anda semua diminta berfikiran positif ye start membaca ni.. kihkih...

Serba salah pun ada juga.. Aku pun blurrr je nak mintak apa.. Mana aku tau.. Dia cakap, better beli baju ke tudung ala fareeda yang botingkek-tingkek tu.. Senang nak pakai g ofis.. Okey aku ikutkan je.. Oleh kerana before ni aku ada memekak teringin nak g Hard Rock Cafe kat Melaka satrt Cafe tue dibuka.. Dia bawak aku kesana.. Hi-tea dekat sana.. Padahal dah lapo.. Melantak jugak makan sana.. hehe.. Aktiviti full dia yang plan, aku follow je.. 

Masuk HRC ni bajet macam penah pergi.. Padahal ni first time.. Tapi aku ni jenis tak malu.. Aku tanya je mana nak masuk semua sebab parking dia kat bawah.. Dengan slumber aku pun tanya makan ape best kat sini.. Aku makan burger sebab Dinie dah makan nasi goreng.. Aku kepoh lagi.. Kat HRC ni malam ada apa je.. Rupanya isnin - sabtu ada live band pada waktu malam.. Ahad je off.. Aku kepoh lagi tnye waitress tu, ambik pic x dengan Nora danish masa dia datang sini.. Katanya ambik.. Of coz! Dinie diam je sebab dia tau perangai aku mmg mcm tue.. Dah gembira sangat lah tu katanyaaaa! Harga tidak dapat dinyatakan.. Hihi.. Tapi sila bawak duit yang lebih.. ;)

live band stage
Burger yang awesome!
Hard Rock Cafe Malacca
Blurppp! kenyang bangat
Mr. HD yang pay! pay! n pay !
Yeah! muka gembira tertunai keinginan.. hihi


Lastly sampai KL.. Shoping MidValley & makan dekat MurniSS2 dengan kak aiman n abg shafiq... 

okey done shoping... ni tercampur skli barang dinie okey..

TQ akk aiman & abg shafiq bawak g makan sedap ni.. 

                             
                                       
Dah abis dah story... Jadi mana yang belum g HRC ni, g lah.. enjoy it!!
TQ membaca... 


~ Kebahagian June part 1 ~

Assalammualaikum..

Awesome sangat June 2013 kali.. Terlalu bermakna.. Sangat suka.. Kesan dia sedalam-dalam hati ini.. Hihihi
Ada dalam dua tiga perkara nak disharekan... Rasa nak bercerita ni pun sampai tertypo-typo menaip ni...

First thing adalah birthday aku jatuh nya bulan Jun.. Tarikh yang korang kena ingat 18hb tau.. Berapa? 18hb.. Okey dah besar nye bagi tahun ni.. Angka tu dah 22 tau.. Itu baru satu perkara...

Sempena bulan Jun ni.. Piala FA pun berlansung dan Johor Darul Takzim atau pun dikenali JDT telah pun berjaya melayakkan kelab mereka ke Final.. Tahniah JDT.. Dan perlawan berlansung pada 29/Jun/2013.. Oleh kerana aku peminat & penyokong mereka.. Aku dengan pikir panjang aku pun menyambut majlis kelahiran dengan sebuku kek red velvet yang dihiasi corak JDT.. Auwmmm..!! TMJ kita pun share bulan yang sama tau.. Tue excited sngt buat kek pic JDT... Pic disediakan okey.. 

yeah! im with cake of JDT
Cerita bulan Jun ni memang bersangkut paut.. Dah bercerita dua cerita.. First my birthday second Piala FA.. Dan kali ketiga ialah... 29/Jun/2013 Aku telah menyambut hari Konvokesyen ke 12 di Politeknik Merlimau Melaka selaku aku Graduan kat sana selama 3 tahun yang bertungkus lumus belajar untuk dapatkan ilmu dan Diploma.. Dan aku seorang graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik.. Okey pic disediakan juga.. meh lihat!

bersama ibu tersayang.. TQ bagi bunga... mmuaaah!

me with mr.HD... TQ juga bagi rose 12kuntum...
rakan seperjuangan

Ibu with Mr.HD n me ;)
Aku lengkap berjubah konvo
After siap dekat hotel sebelum bergerak ke Poli..
Hadiah dapat dari ibu n Mr.HD
arjuna-arjuna kelas aku
sebelum masuk dewan...
the gurls with bunga-bunga
Okey dah habis dah cerita kegembiraan aku sempena Jun ni.. I LOVE JUN SO MUCH!!! 

Eh belum abis... Seterusnya di entry Kebahagian June 2.. ;)